Rabu, 31 Disember 2008

Pemesanan & Harga ProMINEX

Harga jualan ProMINEX ialah RM28.00 seunit. Walaupun begitu, kami menawarkan harga pengedar (RM20.00)kepada RAKAN PROMINEX. Jika anda ingin mendapatkannya, silalah berhubung terus dengan Rakan-rakan Prominex yang berhampiran. Anda juga boleh menghubungi syarikat secara terus.

Soalan Lazim Tentang ProMINEX


1. Apa ProMINEX?
ProMINEX ialah makanan tambahan yang dirumus khas mengikut prinsip dan kaedah homeopathy, iaitu perubatan alternatif dan komplementari yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perubatan homeopathy bermula di Jerman Barat sejak abad ke-18 dan kian berkembang pesat di seluruh dunia hingga kini.
… untuk lebih jelas, sila layari laman-laman web “homeopathy”.
2. Siapa pengasas produk ini?
Formula asalnya diasaskan oleh Prof. Dr. W.H. Schussler, seorang pakar biokimia abad ke-18. Tetapi Prominex diasaskan oleh Doktor Homeopathy tempatan yang bertauliah dan berkelayakan.
3. Apa kelebihannya produk ini?
Produk ini didaftar dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (Rujukan: MAL05041998TC). Kalau tiada nombor rujukan ini dan tiada pelekat hologram, mungkin produk itu tidak diluluskan oleh KKM. Dan ini sangat bahaya kepada pengguna kerana diragui kualiti dan ketulenannya
4. Apa kandungan ProMINEX?
Bahan asasnya ialah sukrosa. Bahan aktifnya daripada bahan biokimia, iaitu Kalium Posfat 6x, Magnesium Posfat 6x, Naterium Posfat 6x dan Kalsium Posfat 6x yang dirumus khas menggunakan prinsip dan kaedah homeopathy.
Apa fungsi bahan-bahan ini?
Kalium Posfat 6x membantu pembinaan sel-sel neuron otak dan menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan minda.
Magnesium Posfat 6x Mengelakkan kekejangan dan mengurangkan keletihan.
Naterium Posfat 6x Membantu keseimbangan bendalir sel dan pengaliran darah.
Kalsium Posfat 6x membantu meningkatkan daya tumpuan, menstabilkan emosi, meredakan kemarahan, menguatkan saraf dan untuk pembinaan tulang.
5. Adakah bahan-bahan ini penting?
Ya, kesemua bahan biokimia ini amat penting dan seharusnya seimbang agar otak kita sentiasa cerdas dan fizikal kita cergas. Kekurangan salah satu daripadanya akan menyebabkan ketidakseimbangan tindakbalas dan keperluan nutrien tisu-tisu dalam badan. Bahan ini adalah makanan sel-sel dalam otak dan saraf, malah ia membantu pertumbuhan dan perkembangan neuron serta melancarkan pengaliran darah ke dalam otak.
6. Adakah bahan ini tidak berbahaya?
Tidak. Kerana di dalamnya tiada bahan pengawet, tiada dadah dan tiada bahan kimia berbahaya. Bahan ini telah dianalisis dan diluluskan oleh ahli kimia bertauliah.
7. Adakah produk ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan?
Ya. Produk ini telah didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. No. Pendaftarannya ialah MAL05041998TC.
8. Bagaimana tentang jaminan mutunya?
Mutu ProMINEX dikawal selia oleh pengamal perubatan homeopathy yang berkelayakan dan berdaftar dengan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), produk ini didaftarkan dengan BPFK, Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP. Produk kesihatan yang didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mestilah mempunyai nombor MAL dan pelekat hologram meditag.
9. Siapa yang perlu mengambil ProMINEX?
ProMINEX sesuai bagi semua peringkat usia, khususnya pelajar, pemikir, mereka yang mengalami masalah kurang semangat / motivasi, sakit kepala kerana banyak fikir, dan masalah rungsing atau murung. Sesuai untuk orang dewasa dan orang tua.
10. Bolehkah orang biasa mengambil ProMINEX?
Boleh. Orang dewasa / tua juga digalakkan mengambilnya
lemah minda, sukar dan malas berfikir, mudah lupa, mudah putus asa, beban minda yang serius, mereka yang untuk kecergasan dan menstabilkan emosi.
11. Adakah produk ini berkesan?
Alhamdulillah. Berdasarkan kaji selidik dan hasil maklumat balas daripada pengguna, produk ini berkesan.
12. Berapa lama kesannya?
Itu bergantung pada diri individu. Ada juga yang menampakkan perubahan dalam masa dua minggu. Ada juga yang mengambil masa lebih enam bulan. Ada juga yang terasa “lega” setengah jam kemudian. Ada juga pengguna hilang rasa sakit kepalanya atau hilang rasa bengang setelah mengambil Prominex. Semuanya bergantung pada keadaan dan masalah masing-masing.
Jika pengguna mengalami masalah yang kronik atau luar biasa, kami menyediakan perkhidmatan rawatan khusus oleh pengamal yang bertauliah.
13. Harganya mahal?
Fikirkan: RM28.00 untuk 90 biji boleh digunakan selama 3 bulan. Ini bermakna hanya RM9.33 sebulan.
14. Bagaimana cara pengambilannya?
Kemam sahaja. Rasanya manis.
15. Bila masa pengambilan?
Bila-bila masa. Sehari sekali sahaja. Sebaik-baiknya semasa mulut bersih daripada sebarang makanan, awal pagi atau sebelum tidur.
16. Boleh ambil lebih daripada sekali dalam sehari?
Boleh jika masalah serius atau beban fikiran banyak, misalnya ketika menghadapi peperiksaan atau fikiran bermasalah. Jika perlu, boleh ambil 2 jam sekali. Maksimum 8 kali sehari. Disyorkan 2 kali sehari (pagi dan malam) untuk pelajar yang menghadapi pepriksaan. Ambil SATU biji sahaja sekali makan.
17. Bolehkah ketagih?
Tidak. Kerana tiada dadah di dalamnya.
18. Bolehkah wanita hamil mengambilnya?
Boleh. Insya-Allah anak yang dilahirkan lebih sihat dan cerdas.
19. Bolehkah kanak-kanak mengambilnya?
Boleh, setelah berusia 6 tahun ke atas. Untuk kanak-kanak 2 hari sekali sahaja.
Walau bagaimanapun kanak-kanak kurang 6 tahun masih boleh mengambilnya, Cuma kurangkan kekerapannya, misalnya 2 -3 hari sekali.
20. Boleh simpan di dalam peti ais?
Tidak perlu simpan di dalam peti ais. Simpan sahaja di dalam rumah atau tempat yang tidak panas. Elakkan daripada sinaran cahaya matahari. Jangan letakkan berhampiran dengan barang-barang elektrik kerana dikhuatiri cas elektrik akan mengganggu ikatan atau susunan molekul di dalamnya.
21. Berapa maksimum dalam sehari?
Anda boleh mengambil ProMINEX tidak lebih lapan kali sehari. Jika waktu peperiksaan atau stres atau banyak fikir/ banyak masalah, anda boleh mengambil 2 - 4 kali sehari.
22. Siapa pengeluar produk ini?
Produk ini dikeluarkan oleh syarikat bumiputera (Melayu) dan beragama Islam sepenuhnya. Disediakan dengan iringan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran tertentu agar usaha kita diberkati oleh Allah s.w.t.
23. Berapa biji dan berapa kali sehari?
Pengambilannya bergantung kepada keperluan atau masalah seseorang. Normalnya: 1 biji satu kali sehari. Tetapi kalau kanak-kanak itu bermasalah spt lemah dalam pelajaran, lambat faham, mudah lupa, kurang tumpuan, lembab, dsb. Berilah SATU BIJI, dua atau tiga kali sehari.
24. Bagaimana kalau anak saya terlebih makan?
Tidak berbahaya. Usah bimbang. Malah ada kanak-kanak yang “curi-curi makan” hingga habis 1 botol sehari. Insya-Allah tidak berbahaya.

25. Kenapa ada tanda amaran “jauhkan daripada kanak-kanak”?
Itu adalah arahan / prosedur undang-undang sahaja. Sebenarnya Prominex tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Lagipun kalu diberikan kepada kanak-kanak tanpa kawalan, dalam beberapa minit sahaja Promienx boleh habis kerana rasanya manis dan disukai oleh kanak-kanak.

26. Apa pantang larangnya?
Tiada pantang larang. Boleh minum teh, kopi dll. sebaik-baiknya setengah jam selepas pengambilan Prominex.

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami 013-7613931
e-mel: anzvision@yahoo.com

Isnin, 29 Disember 2008

Pengalaman Pengguna

Sekiranya anda mempunyai pengalaman tentang pengambilan ProMINEX, silalah hantarkannya kepada kami melalui e-mel. Pengalaman atau testimoni yang terpilih akan mendapat ProMINEX percuma sebanyak lima unit. Kiriman gambar sangat dialu-alukan dan sertakan juga nama penuh, no. kad pengenalan, alamat, dan no. telefon. Untuk tujuan paparan, kami akan mencatatkan nama dan lokasi anda sahaja. No. telefon akan dipaparkan jika diizinkan. Catatan/ulasan anda juga akan diedit dari segi bahasa tanpa mengubah makna dan gaya anda.

Berikut ialah beberapa catatan/ulasan yang terpilih: